Monday, February 6, 2012

-: Jika Terakhir Buatku :-

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba





Monday, January 30, 2012

-: Bila Diri Disayangi :-

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri





Friday, January 20, 2012

-: Ubatan Hakiki :-

Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu

Dari rasa hati gelisah
Tenang tenangkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah

Dalam diam banyak istighfar
Solat taubat terus menerus
Harta yang ada banyak diinfak
Zikir pula janganlah putus

Jangan sekali berputus asa
Rahmat Tuhan luas tersedia
Kesembuhan kan berlaku jua
Alam syahadah atau alam baqa'

Kita ini yang bernama hamba
Pasti sekali melakukan dosa
Sakit itu gugurlah semua
Mudah-mudahan dikurniakan syurga

Berubat itu satu usaha
Hakikat sembuh dari yang Esa
Jangan sampai mensyirikkan-Nya
Dengan amalan yang diada-ada

Ubatan dan amalan perlu berhati
Moga sakit jadi kaffarah
Tauhid itu ubatan hakiki
Sembuh juga daripada Allah



Tuesday, December 27, 2011

-: ALLAH tetap yang UTAMA :-

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...

Hmmm... apa ya??? tiada apa yg nak aku taipkan di sini... kerana blog ini adalah blog suka-suka ja...huhu. Siapa2 yang termelawat blog ini pasti akan memberi komen, jiwangnya... haha. Memang jiwang pun, ce tgk tagline di atas..

" Ku Damba Cinta Ilahi, RedhaNya Ku Jejaki"  kemudian "Ku insan yang lemah dan amat hina disisiMu Ya ALLaH, temukanku dengan teman yang boleh membimbingku ke JalanMu Ya Rabbi"

Terang nyata dan jelas... tulisanku berkenaan dgn tagline itu... tak sengaja sebenarmya, tapi dah terlanjur aku teruskan jua...huhu

Hidup ini perlu mempunyai teman yang sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan, sentiasa mengingati Allah... Alhamdulillah, sepanjang aku berkawan, berteman, bersahabat... tidak pernah aku melupakan Allah, malah sentiasa memperbaiki amalan yang sedia ada, berusaha mencari Redha Allah...  tidak mahu aku hidup yang sia-sia. Cinta Allah lebih penting dari semua itu... Cinta pada teman adalah fitrah yang seharusnya tidaklah sampai mendustakan Allah... kerana Dialah yang izinkan semua itu berlaku... kerana Dialah kita bertemu dan berpisah...

Bagiku, adalah bonus jika cinta sesama insan itu berakhir dgn ikatan yang sah dan aku ingin gunakan peluang itu untuk meraih cinta dari Yang Satu... biiznillah... 
Jika terpisah di tengah jalan sekalipun, aku yakin cintaku pada Allah tidak akan terpisah...

Alhamdulillah, aku sudah temui teman2, sahabat2 yang tidak pernah lupa mengingatkan aku tentang cinta Allah... Syukran ya sahabat sekalian...

***Kepada insan yang istimewa... semoga kehadiranku dlm hidupmu tidak meruntuhkan sedikitpun imanmu... semoga terpelihara iman mu... semoga kita sama-sama mencari Redhanya tanpa pernah jemu.
Ameen Ya Rabb....









Sunday, December 25, 2011

-: Ya Allah, Jika Dia Untukku... :-

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...

..."Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"...

Alhamdulillah, sampai juga di bilik sendiri... setelah kali ke-3 aku menginap di klinik bertaraf "hotel lima bintang", sungguh tenang sekali setiap kali bermalam disitu, dengan ditemani sahabat yang setia di kala susahku, senangku, sakitku, sedihku dan gembiraku... Hanya Allah sahaja yang dapat membalas pengorbanan kalian terhadapku selama ini...

Aku sangat berterima kasih pada si dia yang sentiasa di sisiku selama aku sakit... aku harap dia di sisiku selama-lamanya, aku terlalu sayang dia... dan aku berdoa agar hubungan ini kekal ke akhir, harapanku kasihnya padaku xberubah setelah kita berjauhan nanti...

Awak, maafkan saya telah meruntuhkan kepercayaan dan keyakinan saya terhadap awak...
maafkan saya atas nota pesanan ringkas yang saya kirim tadi, atas pemikiran yang negatif dan tidak seimbang, saya tidak tahu mengapa selepas saya pulang dari klinik tadi saya rasa sedih, saya rasa awak xsayangkan saya lagi, saya terfikir hati awak pada orang lain... Ya Allah, berikan aku keampunan jika silap dalam berfikir... saya keliru awak...

Awak, saya terlalu sayangkan awak... tapi kita xtahu perjalanan kita akan datang bagaimana keadaannya... saya terlalu takut untuk kehilangan awak... maafkan saya 

Awak, adalah lelaki yang paling baik untuk saya, awaklah yang saya harapkan, awaklah yang saya impikan... Alhamdulillah, Allah telah temukan saya dengan awak... tapi, saya xpasti apakah awak akan saya miliki...

Awak, ya... kita kena berserah pada Allah kerana hanya dia yang lebih tahu yang Maha Halus Perancangannya...namun, mohon saya diberi keyakinan bahawa hati awak tetap untuk saya selamanya sehingga awak yakin dan bersedia untuk saya...

Saya sayang awak kerana Allah, jujurnya sayang saya pada awak setia sampai bila-bila, saya ingin awak tahu itu..

Maafkan saya... saya sayang awak, saya xmahu kehilangan awak...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



....awak, hanya DOA sahaja yang menyatukan kasih sayang kita....
...Moga sayalah dalam DOA awak...

Thursday, December 22, 2011

-: Teman Sejati :-

Selama ini kumencari - cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci


Bersyukur kini pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui


Dengannya disisi
Perjuangan ini
Tenang di harungi
Bertambah murni kasih Illahi


Kepada Mu Alloh
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita


Kepada Mu Teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian


Telah ku ungkapkan segala - galanya


Kepada Mu Alloh
Kupohon restu-Mu
Agar kita kekal bersatu


Kepada Mu Teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan


Telah ku ungkapkan segala - galanya


Itulah tandanya
Kejujuran kita


Ku mencari - cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci



Saturday, December 17, 2011

-: Ku Ada Kamu :-

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.


Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,


Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,


Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.